Naza Citra Aircond & Steering Faulty Checking

Siapa yang pakai Citra dan tidak pernah tengok dalam dashboard Citra? Foto ini gambar sebenar  bahagian dalam dashboard sebelah kiri yang menempatkan komponen aircond seperti cooling coil dan air duct sensor. 



Ini pula bahagian bawah steering dan segala wire yang berkaitan sistem elektronik CITRA ada di sini.














Geng CITRA Serbu HK Tech Autoworks

Ahad, 12 Ogos. Suasana di hadapan HK Tech Autoworks setelah diserbu geng CITRA secara serentak di pagi Ahad,  Namun tiada kejadian yang tidak diingini berlaku, semua geng telah pulang ke rumah masing-masing dengan selamat setelah menerima sentuhan dari crew HK Tech Autoworks.- Bro. Arif & Bro. Muhaimin.

Citra Front Wheel Bearing

Genuine KIA SKF.

Timing Belt Kit Citra

Stok Tambahan Timing Belt Kit Citra
Bagi memenuhi permintaan yang tinggi dari pemilik Naza Citra  pada minggu terakhir bulan Ramadan ini sebelum kedatangan Syawal - Balik Kampung  . HK Tech telah memesan stok tambahan terbaru. Siapa yang masih belum tukar set timing belt, jangan lepaskan harga promosi kami, RM390 untuk Citra New Model, RM370 untuk Citra Old Model.

Hyundai Matrix Top Overhaul

Kalau nak raya kereta mesti tip top, kalau tak balik kampung naik bas la jawabnya, itupun kalau tiket masih ada dijual...

Drive Shaft Naza Citra

Kerja-kerja menukar Drive Shaft Citra.



Bahaya, kerosakan Drive Shaft yang kritikal boleh menjadi punca kemalangan maut.

Breakdown Service: Kia Rio

Ketibaan KIA Rio dari Putrajaya. HK Tech Autoworks menyediakan perkhidmatan
tow kereta dari kediaman tuan puan ke workshop kami.

CITRA VIP dari Bandar Klang

CITRA VIP dari Klang, sedang di Diagnose selepas selamat ditukar Timing Belt kit. 

Nak balik raya. jangan lupa servis kereta dulu...

Selamat menjalani ibadah puasa semua. Raya dah dekat, saya percaya ramai yang dah siap atau hampir siap buat persediaan untuk bercuti panjang dan balik kampung. Namun jangan pula terlupa pasal kereta, kerana tanpa kereta yang baik cuti hari raya anda mungkin boleh bertukar menjadi mimpi buruk. Kereta yang tidak diselenggara mungkin boleh menjadi punca utama berlakunya kecelakaan di jalan raya. Hanya tinggal sekali lagi hujung minggu untuk anda meluangkan masa untuk periksa dan selenggara kereta anda sebelum bercuti raya iaitu pada 11 & 12 Ogos 2012 nanti.


Ikhlas dari: 


Blog Editor
HK Tech Autoworks



Naza Suria Picanto Timing Belt



Bila tukar timing belt dalam keadaan 130,000++ terlebih 10,000++ seperti yang disarankan.  Lihat betapa banyaknya leaking berlaku.